KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 41 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 22 kes berbanding kelmarin (63).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan penurunan enam kes hari ini tetapi kekal mencatat jangkitan dua angka dengan 18 kes.
Katanya, sebanyak 11 daerah merekodkan kes satu angka dengan enam daerah masing-masing mencatatkan satu jangkitan sahaja.
Tidak ada jangkitan baharu di 15 daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu, tambahnya.
“Hari ini kluster terakhir di Sabah diisytiharkan tamat oleh JKNS. Kluster institusi pendidikan Jalan Segama, Lahad Datu mula dikesan pada April, 21, 2022,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Sebanyak 40 daripada 41 kes yang direkodkan pada hari ini adakah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Satu lagi kes adalah dalam Kategori 5.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 18 (24)
Penampang 7 (12)
Papar 3 (5)
Tuaran 3 (3)
Lahad Datu 2 (3)
Sipitang 2 (7)
Beaufort 2 (0)
Beluran 1 (0)
Keningau 1 (1)
Kota Belud 1 (0)
Kota Marudu 1 (0)
Semporna 1 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (2)
Ranau 0 (0)
Sandakan 0 (5)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 20/05)
Kluster Baharu
Tiada