KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 56 kes baharu Covid-19 hari ini; naik 14 kes berbanding kelmarin (42).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan kes baharu.
Katanya, sebanyak 11 daerah merekodkan peningkatan kes berbanding hanya tujuh daerah yang merekodkan penurunan kes.
“Sembilan daerah kekal sebagaimana catatan sebelumnya. Tidak ada kes baharu dilaporkan di 13 daerah berbanding 17 daerah semalam,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurutnya, angka jangkitan baharu di Kota Kinabalu terus meningkat daripada 20 kes kelmarin kepada 25 kes (+5) hari ini.
“Sembilan daerah yang bersih daripada sebarang jangkitan kelmarin mencatat kes baharu hari ini. Antaranya ialah Putatan (+5), Beaufort (+5), Sandakan (+4) dan Sipitang (+2),” ujarnya.
Sebanyak 54 dari 56 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Terdapat satu kes dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 5. Tidak ada kes dilaporkan dalam Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 25 (20)
Papar 6 (3)
Beaufort 5 (0)
Putatan 5 (0)
Sandakan 4 (0)
Sipitang 2 (0)
Tuaran 2 (2)
Kota Marudu 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Kudat 1 (0)
Penampang 1 (4)
Pitas 1 (0)
Tambunan 1 (0)
Tenom 1 (4)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (3)
Nabawan 0 (0)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (0)
Tawau 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 18/05)
Kluster Baharu
Tiada