Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 42 kes baharu hari ini, naik 15 kes berbanding kelmarin (27).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat peningkatan jumlah jangkitan di 10 daerah walaupun dalam jumlah yang amat kecil.
Katanya, Kota Kinabalu dengan 20 kes baharu bertambah empat kes berbanding jumlah kelmarin. Penampang (+3), Tenom (+4), Lahad Datu (+3), Papar (+1) dan Ranau (+2) juga bertambah.
“Tidak ada kes dilaporkan di Tenom, Lahad Datu dan Ranau kelmarin,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurutnya, secara keseluruhan 10 daerah mencatatkan peningkatan kes baharu berbanding lima daerah yang merekodkan penurunan kes.
Sebanyak 12 daerah mencatatkan jumlah yang sama seperti semalam, katanya, sambil menambah tidak ada jangkitan baharu di 17 daerah.
Sebanyak 38 daripada 42 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dan masing-masing dua kes dalam Kategori 3 dan Kategori 4.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 20 (16)
Penampang 4 (1)
Tenom 4 (0)
Lahad Datu 3 (0)
Papar 3 (2)
Ranau 2 (0)
Tawau 2 (1)
Tuaran 2 (1)
Beluran 1 (0)
Keningau 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kota Marudu 0 (1)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (2)
Sandakan 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (1)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 17/05)
Kluster Baharu
Tiada