Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 27 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 21 kes atau hampir 44 peratus berbanding kelmarin (48).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan terdapat tanda-tanda pemulihan semula selepas kemuncak sambutan Aidil Fitri.
“Sama ada trend ini bertahan banyak bergantung kepada sikap masyarakat semasa menyambut perayaan Kaamatan yang akan sampai kepada kemuncaknya pada akhir bulan Mei,” kata beliau yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurutnya, lapan daerah merekodkan penurunan kes harian termasuk Kota Kinabalu 16 kes (-7), Sandakan 0 kes (-6), Penampang 1 kes (-6) dan Tuaran 1 kes (-4). Enam (6) daerah merekodkan peningkatan marginal satu kes (+1) bagi setiap daerah.
Katanya, sebanyak 17 daripada 27 daerah di Sabah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
“Kota Kinabalu kekal daerah tunggal yang merekodkan kes dua angka dengan 16 kes. Sembilan lagi daerah merekodkan kes satu angka dengan tujuh daripadanya mencatatkan hanya satu kes,” ujarnya.
Semua 27 kes yang direkodkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 16 (23)
Papar 2 (2)
Putatan 2 (1)
Kota Marudu 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Penampang 1 (7)
Sipitang 1 (0)
Tambunan 1 (0)
Tawau 1 (0)
Tuaran 1 (5)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (1)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (1)
Sandakan 0 (6)
Semporna 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (1)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 16/05)
Kluster Baharu
Tiada