Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 48 kes baharu Covid-19 hari ini, naik lima kes berbanding kelmarin.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu terus mencatatkan jangkitan dua angka dengan 23 kes baharu (+3), manakala Penampang (7 kes) dan Tuaran (5 kes) juga mencatat pertambahan.
Sandakan yang bersih daripada jangkitan kelmarin mencatatkan enam kes baharu hari ini, tambahnya.
“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 17 daerah (18 daerah semalam) dalam tempoh 24 jam yang lalu dan sembilan daerah mencatatkan jangkitan baharu satu angka.
“Lima daripada sembilan daerah tersebut hanya mencatat satu jangkitan baharu,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Sebanyak 46 daripada 48 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, satu kes dalam Kategori 4 serta satu kes dalam Kategori 5.*
Masidi turut mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua warga pendidik di Sabah.
“Terima kasih Cikgu,” katanya.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 23 (20)
Penampang 7 (6)
Sandakan 6 (0)
Tuaran 5 (1)
Papar 2 (3)
Kalabakan 1 (0)
Putatan 1 (6)
Ranau 1 (2)
Semporna 1 (0)
Tenom 1 (2)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Kota Marudu 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. – 15/05)
Kluster Baharu
Tiada