Pasukan bomba membantu pemandu yang cedera dalam kemalangan tersebut.
RANAU: Seorang lelaki berusia 59 tahun cedera ringan apabila kenderaan Toyota Hilux Vigo dipandunya terbabas kendiri ke bahu jalan di Kampung Kinarasan, di sini, petang tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima menerusi talian MERS 999 pada jam 2.04 petang dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Wasli Saupin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa telah diberikan rawatan awal dan stelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat operasi tamat pada jam 2.31 petang.