Romeo Ansow (tengah) beramah mesra dengan William dalam sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Inanam
KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) Sepanggar, Romeo Ansow menyeru para belia-beliawanis agar terus memainkan peranan penting di dalam memelihara adat budaya dan tradisi KDMR agar tidak hilang ditelan zaman.

Romeo (tengah) menyantuni AJK penganjur Pesta Kaamatan
Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan Kerja kepada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi membuat seruan ini semasa menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Inanam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Gerakan Belia dan Beliawanis Bersatu (GBBB) bersama Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) N18 Inanam di Dewan Kampung Dato Manggatal di sini kelmarin.

Romeo (kanan) ketika sedang melawat gerai
Romeo juga berterima kasih kepada Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Inanam, Datuk William Majimbun, Jawatankuasa GBBB bersama Pemuda PBS N18 Inanam atas jemputan yang diberikan serta berharap sambutan Kaamatan membawa perpaduan.