KOTA MARUDU: Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang semasa cuba menyeberangi sungai di Kampung Melangkap Darat di sini kelmarin telah ditemukan.
Mangsa berjaya ditemukan oleh orang kampung bersama pihak bomba dan agensi bantuan lain, iaitu pihak polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Rela, pada jam 11.15 pagi tadi 7km dari tempat mangsa hilang.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Dengan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari tadi.
Mangsa dilaporkan hilang di sungai selepas bertembung dengan kepala air ketika cuba untuk menyeberangi sungai untuk balik ke rumah dari kebun pada jam 4 petang kelmarin.