KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas bertembung dengan kepala air ketika dia cuba untuk menyeberangi sungai untuk balik ke rumah dari kebun di Kampung Melangkap Darat, di sini, petang kelmarin.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang kelmarin dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan bomba diteruskan hari ini daripada pada jam 7 pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6 petang kelmarin dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PPgB Roney Sikawan bergegas ke lokasi.
SAR hari kedua hari ini ditumpukan di kawasan sepanjang sungai tersebut.