KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 39 kes baharu Covid-19 hari ini, naik satu kes berbanding kelmarin (38).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun jumlah keseluruhan tidak banyak berubah daripada sebelumnya, tetapi sembilan daripada 10 daerah yang merekodkan peningkatan kes merupakan daerah yang merekodkan sifar kes sebelumnya.
Katanya, hari ini cuma sembilan daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding 16 daerah semalam.
“Kota Kinabalu mengekalkan catatan kes baharu dua angka dengan 11 kes (-8),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurutnya, sebanyak 17 daerah lain merekodkan kes satu angka dengan 13 daripadanya mencatatkan satu kes sahaja.
Lahad Datu merekodkan pertambahan jangkitan baharu yang tertinggi dengan (+6) kes diikuti oleh Ranau dengan (+3) kes, katanya.
Seramai 36 daripada 39 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, seorang pesakit dalam Kategori 4, dua pesakit dalam Kategori 5. Tidak ada pesakit dilaporkan dalam Kategori 3.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 11 (19)
Lahad Datu 6 (0)
Ranau 5 (2)
Penampang 2 (6)
Tuaran 2 (3)
Beaufort 1 (1)
Kota Marudu 1 (0)
Kuala Penyu 1 (1)
Kudat 1 (0)
Kunak 1 (1)
Nabawan 1 (0)
Papar 1 (0)
Putatan 1 (0)
Sipitang 1 (1)
Tambunan 1 (2)
Tawau 1 (0)
Telupid 1 (0)
Tenom 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Belud 0 (1)
Pitas 0 (0)
Sandakan 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tongod 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 09/05)
Kluster Baharu
Tiada