Gambar hiasan
NEW DELHI: Seorang lelaki menjadi mangsa ‘sembelihan’ semasa acara korban binatang di Valasapalli di Andhra Pradesh.
Menurut Utusan Malaysia, India Today melaporkan, insiden tersebut berlaku semasa sambutan Sankrati yang diuruskan oleh kuil Yellamma.
Tertuduh, Chalapathi sepatutnya menjalankan upacara tersebut dengan menyembelih kepala kambing.
Menurut pihak polis, Chalapathi yang mabuk ketika itu memotong kerongkong Suresh yang memegang haiwan ketika itu.
Suresh yang mengalami banyak pendarahan dikejarkan ke Hospital Kerajaan Madanpelle dan disahkan meninggal dunia.
Sejurus itu, Chalapathi diberkas oleh pihak polis.