KOTA KINABALU: Satu kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Penampang.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 227 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 236,670 orang.
Manakala 769 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 437 orang di hospital, 325 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan tujuh orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS)/penjara, jelasnya.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 31 orang merangkumi 27 di ICU/repurposed kritikal care serta empat di open ward (HDW/kubikel akut) dan sembilan orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 26 (26.53%),” tambah Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.
Sabah melaporkan sebanyak 163 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 244,380 kes.