Sungai di mana Mohd. Ridwan Suprianto mandi sebelum dia hilang. – Ihsan Bomba
BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun hilang dikuatiri lemas semasa mandi di sungai di Ladang Man Coon di sini petang tadi.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang dibuat masih belum menemukan Mohd. Ridwan Suprianto Mohd. Aidil.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.15 petang.
Pasukan Bomba diketuai Pegawai Operasi Kanan, PPgB Rastam Keladi dan Pegawai Operasi, PBKII John Francis Andam bergegas ke lokasi untuk menjalankan SAR.
Operasi SAR telah ditangguh pada jam 6.48 petang dan akan disambung esok pagi.