KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 257 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 23 kes berbanding kelmarin (280).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu di Kota Kinabalu terus bertambah dengan 65 kes hari ini, 12 kes lebih tinggi berbanding semalam.
“Secara keseluruhan 8 daerah merekodkan kes dua angka, 15 daerah mencatatkan kes satu angka dan 4 lagi daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.
“Terdapat 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian dengan dua daerah, Kinabatangan dan Ranau merekodkan pengurangan yang agak baik masing-masing dengan 24 kes dan 18 kes lebih rendah berbanding semalam.
“Sembilan daerah lagi mencatatkan peningkatan kes harian dengan tiga daerah menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tuaran (+22 kes), Kota Kinabalu (+12 kes) dan Sandakan (+10 kes). Sejumlah 6 daerah kekal sebagaimana catatan semalam,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Katanya, sebanyak 254 daripada 257 kes yang direkodkan adalah dalam Kategori 1 dan 2.
Tambahnya, terdapat 2 kes dalam Kategori 3 dan tiada kes dalam direkodkan dalam Kategori 4 dan 5. Pihak JKNS masih lagi membuat penilaian ke atas satu kes.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 65 (53)
Tuaran 33 ( 11)
Sandakan 20 (10)
Penampang 19 (19)
Papar 17 (20)
Ranau 15 (33)
Keningau 14 (15)
Kuala Penyu 11 (11)
Kota Belud 9 (8)
Kota Marudu 8 (17)
Tenom 7 (12)
Beaufort 7 (6)
Tambunan 6 (8)
Tawau 5 (5)
Putatan 5 (7)
Tongod 4 (1)
Kudat 3 (1)
Kinabatangan 2 (26)
Nabawan 2 (0)
Sipitang 2 (6)
Beluran 1 (0)
Kunak 1 (1)
Pitas 1 (3)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (5)
Lahad Datu 0 (2)
Kalabakan 0 (2)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes Kelmarin – 12/01)
Kluster Baharu
Tiada