KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 280 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 27 kes berbanding kelmarin (253).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, beberapa daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih tinggi hari ini.
“Antaranya Ranau yang menambah 22 kes baharu kepada 33, Papar tambah 11 kes kepada 20 kes dan Kinabatangan daripada 1 kes kelmarin kepada 26 kes hari ini.
“Jumlah kes yang melonjak tinggi di Kinabatangan berpunca daripada Kluster Sungai Trayon yang merekodkan 25 kes positif baharu hari ini.
“Kluster baharu yang diisytiharkan hari ini melibatkan seorang pekerja ladang kelapa sawit warga asing. Saringan ke atas 382 pekerja dan kontak rapat mendapati 24 orang lagi telah dijangkiti Covid-19,” katanya.
Katanya, Tuaran mencatatkan jumlah penurunan kes terbesar sebanyak 18 kes kepada 11 kes hari ini, daripada 29 kes kelmarin.
Perubahan turun-naik kes harian di daerah-daerah lain berlaku setiap hari pada kadar marginal, katanya, sambil menambah tidak ada kes baharu di 4 daerah.
Daripada 280 kes hari ini, jelasnya, 276 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2, satu kes dalam Kategori 2, dua kes dalam Kategori 4 dan tidak ada kes baharu dalam Kategori 5. Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 53 (49)
Ranau 33 (11)
Kinabatangan 26 (1)
Papar 20 (9)
Penampang 19 (18)
Kota Marudu 17 (19)
Keningau 15 (13)
Tenom 12 (12)
Kuala Penyu 11 (7)
Tuaran 11 ( 29)
Sandakan 10 (15)
Tambunan 8 (6)
Kota Belud 8 (13)
Putatan 7 (0)
Sipitang 6 (6)
Beaufort 6 (7)
Telupid 5 (5)
Tawau 5 (10)
Pitas 3 (2)
Lahad Datu 2 (4)
Kunak 1 (0)
Tongod 1 (5)
Kudat 1 (2)
Semporna 0 (1)
Beluran 0 (2)
Nabawan 0 (5)
Kalabakan 0 (2)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes Kelmarin – 11/01)
Kluster Baharu
Kluster Sungai Trayon,
Kinabatangan 25(+25)
(Tempat Kerja)