KOTA KINABALU: Dua kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Keningau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 100 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 233,790 orang.
“Manakala 670 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 347 orang di hospital, 322 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan satu orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 42 orang merangkumi 38 di ICU/repurposed kritikal care serta empat di open ward (HDW/kubikel akut) dan 15 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 24 (26.09%),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.
Sabah merekodkan sebanyak 165 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 240,961 kes.