KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 161 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 41 kes berbanding kelmarin (202).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya tujuh daerah mencatat jumlah kes baharu dua angka, iaitu Tuaran (27), Kota Kinabalu (24), Papar (12), Penampang (12), Kota Belud (12), Putatan (11) dan Sandakan (10).
Katanya, enam daerah masing-masing mencatat satu kes sahaja hari ini, dan tidak ada kes baharu di tiga daerah, Kunak, Sipitang dan Kalabakan.
“Sebanyak 155 orang daripada 161 pesakit baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga orang dalam Kategori 3, masing2 satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Satu kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Jumlah kes mengikut daerah:
Tuaran 27 (31)
Kota Kinabalu 24 (43)
Papar 12 (9)
Penampang 12 (8)
Kota Belud 12 (15)
Putatan 11 (5)
Sandakan 10 (17)
Beaufort 9 (10)
Ranau 6 (17)
Tenom 6 (5)
Tambunan 5 (5)
Kota Marudu 5 (8)
Tongod 5 (2)
Kuala Penyu 3 (3)
Semporna 2 (3)
Beluran 2 (3)
Keningau 2 (6)
Kudat 2 (0)
Telupid 1 (0)
Lahad Datu 1 (3)
Kinabatangan 1 (1)
Nabawan 1 (1)
Pitas 1 (2)
Tawau 1 (1)
Kunak 0 (0)
Sipitang 0 (4)
Kalabakan 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 22/12)
Kluster Baharu
Tiada