Tun Ahmad Fuzi (tiga dari kiri) menerima darjah SPDK daripada Tun Juhar.
Kota Kinabalu: Hubungan baik di antara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Sabah terus diperkukuh.
Setiausaha Sulit Kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Mohd Abdul Rahman Ismail berkata bagi mengeratkan hubungan kedua-dua negeri tersebut, pihaknya memilih Sabah sebagai vanue Kejohanan Golf Piala TYT Pulau Pinang 2021 anjuran Majlis Bandaraya Seberang Perai di Sutera Harbour Golf Resort Club.
“Menjunjung kasih kepada TYT Sabah kerana menyambut rombongan kami ke negeri ini.
“Lawatan ke Sabah ini adalah sempena kejohanan golf yang biasanya kita adakan di luar negeri dan pada kali ini kami memilih Sabah sebagai vanue kejohanan bagi meraikan hari jadi rasmi ke-72 TYT Pulau Pinang, pada Selasa depan.

Toh Puan Khadijah (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Toh Puan Norlidah.
“Antara lain tujuan kunjungan mesra pada petang ini ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Penang dan Sabah di mana TYT sendiri berhasrat untuk melawat ke negeri Sabah yang indah ini,” ujarnya.

Tun Juhar (empat dari kiri) ketika menerima kunjungan mesra TYT Pulau Pinang serta rombongan.
Beliau ditemui media ketika mengiringi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak serta isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Jumaat.
Pada kunjungan tersebut, Tun Ahmad Fuzi menerima darjah kebesaran tertinggi Negeri Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.
Majlis pengurniaan itu disempurnakan Tun Juhar Mahiruddin, sambil disaksikan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Kunjungan Utama Istana Seri Kinabalu.