Peserta simposium IMHC 2021
KOTA KINABALU: Program International Mental Health Conference 2021’ (IMHC 2021) diadakan bermula 27 – 29 November mengetengahkan isu psikologi dan kesedaran terhadap pentingnya kesihatan mental kalangan mahasiswa.
IMHC 2021 adalah sebuah persidangan antarabangsa secara maya yang mengandungi lima siri program bersama panel yang dijemput, membincangkan isu seperti “Unravelling Mental Health”.
“Grief” dan Webinar Pertolongan Cemas Psikologi (PFA).

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2020/2021 ini turut bekerjasama dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti Psikologi dan Pendidikan (PERMAPS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universitas Mercu Buana (UMB) dan Universitas Padjadjaran (UNPAD), Indonesia.
Usaha murni digerakkan MPP UMS ini juga bagi menggalakkan mahasiswa untuk menjadi penggerak perubahan kepada masyarakat khusunya dalam aspek berkaitan kesihatan mental.

Disamping itu, melalui simposium ini, MPP UMS juga bertujuan untuk menyediakan platform dialog antara pakar dalam bidang dan mahasiswa di peringkat antarabangsa.
Ia sekaligus mewujudkan integrasi lebih holistik selain menjalinkan persefahaman mengenai isu kesihatan mental di antara negara.
Sesi perkongsian bertajuk “HOW YOU CAN MAKE A DIFFERENCE” berlangsung hari ini pada pukul 3.30 – 5.30 petang antaranya mengupas perkara yang tidak patut dilakukan kepada mereka yang berhadapan kehilangan dan musibah, Pengenalan terhadap Psychological First Aid (PFA),
Gambaran keseluruhan mengenai kemahiran-mikro (microskills), Keberkesanan PFA dan perkongsian pengalaman daripada penceramah.
Sementara, hari terakhir simposium ini esok (29 Nov) akan memaparkan pembentangan bertajuk “The New Norm” bermula pukul 8.30 pagi.
Mahasiswa yang berminat juga boleh mengetengahkan idea masing-masing dengan mengimbas kod yang disertakan.