SEOUL: Lisa BLACKPINK telah disahkan positif Covid-19.
Menurut Soompi.com, agensinya YG Entertainment mengesahkan ini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan tersebut berkata, Lisa BLACKPINK telah disahkan menghidap Covid-19 tengah hari tadi (24 November).
Tiga ahli BLACKPINK yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kontak rapat, tetapi mereka telah menjalani ujian PCR selepas mendengar keputusan positif Covid-19 Lisa, dan sedang menunggu keputusan ujian mereka.
“Kami telah memaklumkan ini dengan cepat dan tepat kepada wakil dan kakitangan, dan kami mengambil langkah pencegahan yang kukuh melangkaui garis panduan pihak berkuasa kesihatan.
“Kami akan terus memberikan sokongan penuh demi kesihatan artis kami dan kakitangan yang berkaitan sebagai keutamaan. Jika terdapat sebarang perubahan pada masa hadapan, kami akan memaklumkan kepada anda sekali lagi dengan segera,” kata kenyataan itu lagi.