KOTA KINABALU: Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Ranau, Beluran dan Sandakan.
Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 530 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 214,659 orang.
“Manakala 1,639 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 659 orang di hospital, 958 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 22 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 68 di ICU/repurposed kritikal care serta empat di open ward (HDW/kubikel akut) dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 72 (37.31%),” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Sabah merekodkan sebanyak 442 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 225,360 kes.