Antara warga asing yang ditahan
KOTA KINABALU: Seramai 20 lelaki, termasuk 10 warga asing, berusia lingkungan 19 hingga 47 tahun ditangkap di sini awal pagi kelmarin.
Mereka ditangkap dalam Ops Sarang Bil. 5 Tahun 2022, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, yang dijalankan seawal 4.30 pagi, kelmarin.
Kesemua mereka yang ditahan ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Mereka yang ditahan ini terdiri daripada 10 warga tempatan dan 10 warga asing.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata demikian ketika dihubungi di Kota Kinabalu.
Menurutnya, tangkapan berkenaan hasil pemeriksaan ke atas 36 individu di empat lokasi panas yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah iaitu pengedaran dan penjualan dadah.
Empat kawasan terlibat adalah Kampung Lok Buno, Taman Putrajaya, Kampung Lapasan dan Kampung Wak-Wak.

Ops Sarang melibatkan seramai lima pegawai dan 58 anggota daripada BSJN termasuk kekuatan anggota daripada bahagian dan balai lain turut terlibat dalam ini.
Satu warga asing ditangkap bersama syabu seberat 56.77 gram syabu dalam 22 paket plastik.
Jumlah keseluruhan rampasan dadah jenis syabu dalam Ops Sarang ini adalah sebanyak 70.09 gram yang dianggarkan bernilai lebih RM7,000.
Kesemua tangkapan diklasifikasi dibawah Seksyen 39B, 39A(1), 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.