KOTA KINABALU: Satu kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Lahad Datu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 990 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 211,541 orang.
“Manakala 1,756 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 704 orang di hospital, 1,032 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 20 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 73 orang merangkumi 68 di ICU/repurposed kritikal care serta lima di open ward (HDW/kubikel akut) dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 78 (35.94%,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.
Sabah mencatatkan sebanyak 364 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 222,113 kes.