KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua kes di Keningau dan Kudat manakala masing-masing satu kes di Beaufort, Lahad Datu dan Ranau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun uang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 582 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 210,014 orang.
“Manakala 1,840 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 747 orang di hospital, 1,081 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 12 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 74 orang di ICU/repurposed kritikal dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 86 (47.89%),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.
Sabah melaporkan sebanyak 569 kes harii ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 221,344 kes.