KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 569 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 15 kes berbanding kelmarin (554).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini berpunca daripada kenaikan kes baharu yang agak tinggi di Kota Marudu (+28), Beaufort (+30) dan Kudat (+15).
Katanya, kes-kes yang diperolehi melalui saringan bergejala kekal tinggi, yakni 36.9% daripada jumlah keseluruhan.
“Kes-kes sporadik ini yang sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berlaku dalam peratusan yang tinggi di daerah-daerah seperti Kota Kinabalu, Keningau, Tawau, Sandakan dan Beaufort,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Katanya, jumlah pesakit dalam kategori serius yang memerlukan rawatan di hospital kekal rendah.
“Hari ini cuma ada 2 orang pesakit dalam kategori tiga, 4 pesakit dalam kategori empat dan 2 orang pesakit dalam kategori lima.
“Sejumlah 580 orang (atau 97%) pesakit daripada 569 kes hari ini adalah dalam kategori satu (70) dan kategori dua (480). Jabatan Kesihatan Negerri Sabah (JKNS) masih membuat siasatan lanjut keatas 11 kes,” katanya.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 58 (76)
Ranau 53 (58)
Kota Belud 53 (59)
Kota Marudu 52 (24)
Beaufort 47 (17)
Tuaran 42 (47)
Penampang 32 (32)
Kudat 30 (15)
Pitas 27 (18)
Tambunan 25 (32)
Telupid 21 (5)
Keningau 19 (15)
Tawau 19 (13)
Lahad Datu 18 (13)
Tenom 18 (19)
Putatan 15 (21)
Papar 10 (27)
Sandakan 9 (6)
Kinabatangan 4 (18)
Sipitang 4 (9)
Kuala Penyu 3 (8)
Beluran 3 (13)
Nabawan 3 (3)
Tongod 2 (0)
Semporna 1 (3)
Kunak 1 (3)
Kalabakan 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 05/11)
Kluster Baharu
Tiada