Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah telah layak untuk beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) berkuat kuasa Isnin depan (08/11).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah memaklumkan ini dalam ciapan di Twitternya tadi.
Beliau menyeru penduduk negeri ini untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Walaupun lebih banyak sekatan akan ditarik balik di bawah Fasa 4, sila terus patuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” katanya.