HONG KONG: Sepasang adik-beradik perempuan di sini mencipta Rekod Dunia Guinness apabila mengumpul kira-kira 3,388 pelembap bibir yang berlainan.
Menurut Utusan Malaysia, Scarlett Ashley Cheng, 6, memberitahu Guinness, dia dan kakaknya, Kaylyn, 8, mula mengumpul pelembap bibir sejak beberapa tahun lalu.
“Semuanya bermula ketika saya mengalami masalah bibir kering dan ibu serta nenek akan meletakkan pelembap bibir setiap hari bagi mengatasi masalah itu.
“Seiring dengan pertambahan usia, saya mula mencuba pelembap bibir dengan pelbagai perasa serta warna, sekali gus menjadi saya dan kakak obses mengumpulnya,” katanya.
Koleksi pelembap bibir adik-beradik itu diperoleh dari seluruh dunia.
Selain itu, pasangan adik-beradik itu juga mula menghasilkan pelembap bibir buatan sendiri dan memberikannya sebagai hadiah kepada rakan serta keluarga mereka.