KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 655 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 20 kes berbanding kelmarin (675).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan jangkitan Covid di Sabah tidak banyak berubah.
Katanya, sebanyak 14 daerah mencatatkan penurunan kes dengan 5 daripadanya merekodkan penurunan signifikan iaitu Kinabatangan (-26 kes), Kota Belud (-21), Sandakan (-21), Kota Kinabalu (-20) dan Kota Marudu (-16).
“Sebanyak 12 daerah lagi mencatatkan peningkatan dengan 6 daerah menunjukkan peningkatan agak tinggi iaitu Tuaran (+24), Putatan (+18), Tawau (+15), Pitas (+14), Ranau (+11) dan Penampang (+11). Semporna kekal dengan catatan sebagaimana semalam,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Katanya, saringan kontak rapat dan saringan bergejala terus menjadi penyumbang utama kes-kes baharu di setiap daerah.
“Pada hari ini, 52.82% daripada jumlah keseluruhan berpunca daripada saringan kontak rapat dan 40.61% lagi berpunca melalui saringan bergejala,” ujarnya.
Sebanyak 418 kes atau 63.82% daripada jumlah kes hari ini merupakan kes-kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sejumlah 237 kes lagi atau 36.18% adalah kes-kes lewat daftar antara 2-7 hari.
“Kes-kes jangkitan yang dianggap serius kekal rendah. Jumlah kes dalam kategori tiga ialah 2 orang, manakala dalam kategori empat ialah1 orang dan 1 orang juga dalam kategori lima. Kebanyakan kes jangkitan adalah dalam kategori dua, iaitu 568 orang (86.72%) dan kategori satu, 79 orang (12.06%). 4 kes lagi masih dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya.
Jumlah kes mengikut daerah:
Ranau 71 (60)
Kota Kinabalu 69 (89)
Tuaran 59 (35)
Beaufort 46 (45)
Kota Belud 44 (65)
Penampang 41 (30)
Kota Marudu 40 (56)
Pitas 33 (19)
Putatan 32 (14)
Kudat 27 (18)
Lahad Datu 26 (19)
Keningau 23 (27)
Tambunan 19 (15)
Tenom 19 (25)
Tawau 19 (4)
Papar 18 (25)
Beluran 13 (8)
Telupid 12 (14)
Kuala Penyu 10 (5)
Sandakan 10 (31)
Sipitang 8 (17)
Kinabatangan 6 (32)
Semporna 5 (5)
Nabawan 5 (8)
Kunak 0 (5)
Tongod 0 (3)
Kalabakan 0 (1)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 03/11)
Kluster Baharu
Tiada