KOTA KINABALU: Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Sipitang, Kunak dan Penampang.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 378 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 208,950 orang.
“Manakala 1,869 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 723 orang di hospital, 1,133 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 12 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 76 orang merangkumi 74 di ICU/repurposed kritikal care serta dua di open ward (HDW/kubikel akut) dan 23 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 81 (38.57%),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.
Sabah merekodkan sebanyak 655 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 220,221 kes.