Hajiji (tiga dari kanan) menerima replika cek dividen berjumlah RM6,645,375 juta daripada Sukarti (empat dari kiri).
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menerima dividen berjumlah RM6.6 juta daripada syarikat milik kerajaan negeri, Progressive Insurance Berhad bagi tahun 2020 di sini hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima cek dividen itu yang diserahkan oleh Pengerusi Progressive Insurance Bhd, Tan Sri Sukarti Wakiman di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Haji Rusdin Riman; Timbalan Pengerusi Progressive Insurance Berhad, Datuk Teo Poh Loon; dan tiga pengarah syarikat berkenaan iaitu Paul Chong; Chee Shok Ting; dan Haji Mohamed Rifai Mohd Razi.
Hajiji berharap syarikat itu akan terus memajukan perniagaan agar kekal berdaya tahan dan terus mencatat keuntungan terutama ketika pandemik Covid-19 ini.
Sementara itu, Sukarti berharap syarikat itu akan mencatat keuntungan yang lebih lagi pada tahun-tahun seterusnya agar dapat memberi dividen kepada Kerajaan Negeri.