KOTA KINABALU: Sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing- masing dua kes di Keningau dan Tawau.
Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 535 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 208,136 orang.
“Manakala 1,848 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 768 orang di hospital, 1,062 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 17 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 79 orang merangkumi 75 di ICU/repurposed kritikal care serta empat (4) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 93 (43.06%),” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Sabah melaporkan sebanyak 549 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 218,891 kes.