KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 447 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 203 kes berbanding kelmarin (650).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes hari ini menurun, walau bagaimanapun, mengikut trend semasa, penurunan besar ini biasanya bersifat sementara dan akan turun-naik dari masa ke masa.
Katanya, kecuali daerah Kota Kinabalu, semua daerah lain di Sabah mencatatkan angka Covid baharu di bawah paras 50.
“Kota Kinabalu mencatat 84 kes, peningkatan 37 kes berbanding jumlah kes yang direkodkan kelmarin. Kebanyakan daerah mencatatkan penurunan kes baharu, antaranya Kota Belud (-36), Tuaran (-38), Beaufort (-36), Papar (-17), Kinabatangan (-48), Penampang (-10) dan Sandakan (-16),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 447 kes yang dilaporkan hari ini, katanya, sebanyak 236 kes atau 52.8% merupakan kes-kes yang berlaku dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu setelah keputusan saringan diketahui.
Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui, tambahnya.
“Sebanyak 78 daripada 84 kes yang dicatat di Kota Kinabalu adalah kes-kes daftar-lewat 2 hari atau lebih,” ujarnya.
Katanya, sebanyak 98% daripada semua kes yang dilaporkan hari ini adalah pesakit-pesakit dalam kategori satu (51 kes) dan dua (383).
Pesakit-pesakit dalam kategori tifa, empat dan lima kekal rendah, dengan 2 orang dalam kategori tiga, 3 orang dalam kategori empat dan kategori lima, 2 orang. Sebanyak 6 kes lagi masih dalam siasatan lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 84 (47)
Kota Belud 41 (77)
Ranau 34 (48)
Kota Marudu 33 (46)
Tuaran 30 (68)
Keningau 19 (17)
Beaufort 19 (55)
Tambunan 18 (10)
Papar 18 (35)
Beluran 17 (5)
Lahad Datu 17 (12)
Kudat 16 (7)
Penampang 15 (25)
Tenom 15 (17)
Tawau 15 (31)
Putatan 14 (17)
Pitas 9 ( 20)
Sandakan 7 (23)
Kuala Penyu 6 (2)
Telupid 6 (10)
Kinabatangan 6 (54)
Kunak 2 (6)
Nabawan 2 (4)
Sipitang 2 (6)
Tongod 1 (5)
Kalabakan 1 (0)
Semporna 0 (3)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 30/10)
Kluster Baharu
Tiada