KOTA KINABALU: Sebanyak dua kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di Kuala Penyu dan Kota Marudu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 427 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 206,999 orang.
“Manakala 1,841 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 747 orang di hospital, 1,077 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 16 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala satu orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 85 orang merangkumi 82 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
“Manakala bilangan pesakit stage empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 96 (44.04%),” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan medianya hari ini.
Sabah melaporkan sebanyak 447 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 217,949 kes.