Suspek yang berjaya ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri sebuah kenderaan motor.
KOTA KINABALU: Seramai 46 orang telah ditangkap dan dikompaun semasa Operasi Bersepadu Cegah Jenayah (OBCJ) Siri 03/2021 Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) selama tiga jam sehingga 4 pagi tadi.
Kesemua tangkapan membabitkan tiga sekyen berkaitan dadah iaitu Sekyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara Seksyen 39A Kanun Keseksaan, satu tangkapan berkaitan Akta Bahan Kakisan dan Letupan, Senjata Berbahaya 1958 dan 42 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Narkotik iaitu 29-kompaun dan 13 lagi kompaun daripada BSJ.

Serbuan dibuat di kelab malam dan pub sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan berkenaan hasil pemeriksaan terhadap 148 orang, termasuk 15 wanita, serta pemeriksaan ke atas 91 kenderaan pelbagai jenis.

Dadah jenis syabu berjaya dirampas.
Katanya, OBCJ Siri 03/2021 IPD KK kali ini turut menunjukkan peningkatan tangkapan dan kesalahan berbanding OBCJ Siri 02/2021 pada Khamis lalu.

Pemeriksaan kenderaan dibuat semasa rondaan.
“Operasi kali ini masih menumpukan enam kawasan panas yang sama dalam OBCJ Siri 02 iaitu Kepayan Ridge, Tanjung Aru, Kampung Likas, Kingfisher, Inanam, Pekan Telipok, Manggatal, Rumah Kedai, Taman Cantik, Luyang dan Taman Kuala Manggatal, Manggatal,” katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Menurutnya, OBCJ Siri 03 ini secara keseluruhannya melibatkan seramai 72 pegawai dan anggota polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Katanya, sebanyak lapan pasukan telah diagihkan dalam operasi kali ini iaitu Pasukan Ops Payung, Rondaan Berjalan Kaki, Ronda Bermotosikal/ URB, Ronda MPV, Cantas Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan BSJ Narkotik, Ronda Cegah Jenayah, Task Force Pegawai Kanan dan Pasukan Pemantau OBCJ diketuai oleh beliau sendiri.