Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
PETALING JAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mula membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’ yang berjumlah RM332.1 bilion.
Menurut Tengku Zafrul, Bajet 2022 mengariskan berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi.
Katanya, ia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK) di samping beberapa pakej pemulihan ekonomi diumumkan sebelum ini.
“Walaupun KDNK ketiga terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun ia kembali pulih pada suku keempat menerusi pembukaan sektor ekonomi.
“Malah ia disokong dengan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berada pada landasan betul apabila peratusan vaksin Malaysia merupakan antara tertinggi di dunia,” katanya ketika pembentangan Bajet 2022.