Mohd Hamizi Halim
TUARAN: Enam individu termasuk tiga yang disyaki pengedar dadah jenis syabu ditangkap dalam operasi pencegahan dadah selama lapan hari di sini sehingga 26 Oktober.
Mereka yang ditangkap berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun.
Dalam satu kenyataan media, Ketua Polis Daerah Tuaran, DSP Mohd Hamizi Halim berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran selain hasil risikan dan maklumat daripada orang awam.
Sebanyak 16.17 gram dadah jenis syabu dan 1.42 gram dadah jenis ganja telah dirampas dengan anggaran nilai melebihi RM1500.

16.17 gram dadah jenis syabu dan 1.42 gram dadah jenis ganja berjaya dirampas
Kes disiasat dibawah Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.