KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 450 kes baharu Covid-19, turun 52 kes berbanding kelmarin (502).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah meneruskan trend penurunan hari ini dengan 450 kes baharu, angka terendah sejak 16 Julai 2021.
Katanya, pada hari ini 16 daerah mencatatkan penurunan kes, 8 daerah mencatatkan peningkatan kes dan 3 daerah kekal sebagaimana catatan semalam.
Hanya 2 daerah melepasi catatan 50 kes dan 19 daerah merekodkan kes dibawah paras 20 kes, tambahnya.
“Daerah Kota Belud dan Ranau kekal menyumbang angka tertinggi catatan baharu jangkitan kes Covid-19 dikala daerah lain mula menunjukkan trend penurunan. Pada hari ini, Kota Belud mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, diikuti dengan Ranau sebanyak 54 kes,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Daripada 450 kes hari ini, katanya, 266 kes atau 59.11% adalah merupakan kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu, manakala selebihnya adalah kes-kes yang didaftar beberapa hari selepas keputusan saringan tersebut diperolehi.
Sebanyak 96% daripada kes hari ini adalah pesakit-pesakit dalam kategori satu dan dua, manakala bagi kategori tiga merekodkan 1 orang pesakit, tiga orang bagi kategori empat dan kategori lima, seramai 3 orang. 11 kes lagi masih dalam penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Belud 64 (42)
Ranau 54 (56)
Kota Kinabalu 43 (49)
Tenom 36 (21)
Kinabatangan 33 (16)
Keningau 30 (49)
Tuaran 30 (17)
Penampang 21 (34)
Beaufort 18 (12)
Kudat 18 (15)
Tawau 17 (10)
Kota Marudu 13 (33)
Tambunan 10 (17)
Lahad Datu 10 (25)
Putatan 10 (11)
Papar 8 (19)
Sandakan 8 (20)
Sipitang 7 (13)
Beluran 6 (8)
Pitas 3 (15)
Semporna 2 (2)
Kuala Penyu 2 (7)
Telupid 2 (4)
Kunak 2 (2)
Nabawan 2 (2)
Kalabakan 1 (0)
Tongod 0 (3)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 24/10)
Kluster Baharu
Tiada