KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 426 kes baharu Covid-19 hari ini, turun secara mendadak sebanyak 269 kes berbanding kelmarin (695).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes harian Sabah pada hari ini merupakan yang terendah dicatatkan sejak 16 Julai 2021.
Katanya, semua daerah di negeri ini mencatatkan kes di bawah paras 50 kes hari ini, dan hanya 5 daerah yang mencatatkan peningkatan kes pada jumlah kecil atau sederhana.
“Antara daerah yang mencatatkan penurunan ketara ialah Kota Belud (-78 kes), Kudat (-44), Beaufort (-32), Tenom (-21), Keningau (-14), Tuaran (-14) dan Tawau (-14).
“Hanya 266 kes atau 62.43% merupakan kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar lewat melebihi 2 hari ke atas setelah keputusan saringan diketahui,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Pada hari ini, katanya, 96.48% adalah merupakan kes dalam kategori satu dan dua, yang lazimnya hanya memerlukan rawatan dan penilaian di rumah atau di PKRC sahaja. Hanya 1 kes berada dalam kategori tiga, 4 kes dalam kategori empat dan 2 kes dalam kategori lima. 8 kes lagi masih dalam penilaian pihak JKNS.
“Masyarakat digesa agar terus mematuhi SOP yang telah digariskan kerana faktor utama yang mempengaruhi perubahan angka setiap hari adalah sikap kita sendiri,” katanya.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Belud 45 (123)
Kota Kinabalu 43 (52)
Ranau 36 (38)
Kota Marudu 34 (38)
Tenom 34 (55)
Keningau 27 (41)
Pitas 22 (31)
Tuaran 22 (36)
Sipitang 20 (15)
Penampang 17 (18)
Tambunan 16 (18)
Papar 14 (21)
Sandakan 14 (13)
Beaufort 14 (46)
Lahad Datu 11 (19)
Putatan 10 (7)
Kudat 10 (54)
Beluran 9 (9)
Kinabatangan 7 (14)
Nabawan 5 (7)
Tawau 5 (19)
Telupid 4 (2)
Semporna 3 (5)
Kunak 3 (5)
Kalabakan 1 (0)
Kuala Penyu 0 (5)
Tongod 0 (4)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 19/10)
Kluster Baharu
Tiada