KOTA KINABALU: Masyarakat digesa untuk terus mematuhi SOP Kendiri yang telah digariskan walaupun Kerajaan Negeri telah membenarkan rentas daerah bermula esok (14 Okt) dan bagi rentas negeri, bermula 1 Nov.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini penting agar kawalan jangkitan baharu dapat dibendung sekalipun pelbagai sektor ekonomi dan kemudahan awam dibuka bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
Beliau memaklumkan Sabah mencatatkan 751 kes baharu Covid-19 hari ini, naik 44 kes berbanding kelmarin (707).
“Sekali lagi Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak +44 kes menjadikan jumlah kes pada hari ini 751 kes.
“Perbandingan antara jumlah daerah yang mencatatkan peningkatan dan penurunan adalah seimbang hari ini dengan masing-masing 13 daerah mencatatkan peningkatan dan penurunan serta 1 daerah iaitu Kuala Penyu mengekalkan catatan sebagaimana semalam.
“Terdapat 8 daerah yang mencatatkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Tenom (+32 kes), Sandakan (+28), Kota Kinabalu (+19), Tuaran (+15), Kota Belud (+12), Penampang (+12), Beaufort (+10) dan Tambunan (+10).
“Antara daerah yang mencatatkan penurunan kes pula ialah Kudat (-27), Putatan (-20), Tawau (-17), Kota Marudu (-10) dan Pitas (-10).
“Kuala Penyu telah 2 hari berturut-turut merekodkan sifar kes, yakni tiada kes baharu dicatatkan,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.
Menurutnya, kes sebenar yang didaftarkan sejak 24 jam lepas hanyalah 507 kes atau 67.51% daripada kumulatif harian dan selebihnya adalah kes-kes yang didaftarkan selepas 2 hari keputusan diketahui.
Daripada jumlah kes jangkitan baru yang direkodkan hari ini, katanya, 8.26% adalah daripada kategori satu dan 84.42% adalah daripada kategori dua. Jumlah pesakit kategori tiga ialah 7 orang, 1 orang dalam kategori empat dan juga 1 orang dalam kategori lima. Sebanyak 46 kes masih dalam siasatan lanjut.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Belud 75 (63)
Kota Kinabalu 74 (55)
Sandakan 58 (30)
Tenom 49 (17)
Tuaran 48 (33)
Ranau 47 (41)
Lahad Datu 46 (45)
Keningau 45 (51)
Penampang 40 (28)
Beaufort 34 (23)
Kota Marudu 27 (37)
Pitas 26 (36)
Kudat 25 (52)
Putatan 23 (43)
Tawau 21 (38)
Tambunan 19 (9)
Telupid 19 (12)
Papar 18 (15)
Beluran 17 (11)
Kinabatangan 8 (10)
Nabawan 8 (9)
Sipitang 8 (14)
Kalabakan 6 (11)
Senporna 5 (8)
Tongod 3 (9)
Kunak 2 (7)
Kuala Penyu 0 (0)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 12/10)
Kluster Baharu
Tiada