KOTA KINABALU:Sebanyak 27 kawasan di sini, Tuaran, Kota Belud dan Penampang dilanda bencana alam susulan hujan lebat dan ribut petir yang berlaku awal pagi kelmarin.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Insenyur Haji Ali Ahmad Hamid berkata,
insiden banjir, kegagalan tebing dan tanah runtuh dilaporkan berlaku di empat daerah ini.
Beliau menambah, Penampang mencatatkan jumlah laporan tertinggi iaitu sebanyak 14-kes banjir dan satu kes tanah runtuh telah berlaku di daerah tersebut setakat pukul 2-petang tadi.

“Terdapat 15 jalan terputus dan tidak boleh dilalui yang mana ia melibatkan, lima Jalan Persekutuan dan 10 Jalan Negeri.
“Rata-rata jalan yang terputus adalah kerana keadaan banjir yang berlaku di kawasan rendah,” kata beliau.

Bagi peratusan keseluruhan bencana di empat daerah ini, kejadian banjir meliputi 77.78 peratus, insiden tanah runtuh sebanyak 18.52 peratus sementara, kegagalan tebing merekodkan sebanyak 3.70 peratus.