Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel secara bersemuka dibenarkan di Sabah mulai esok (4 Okt).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun bagaimanapun berkata, kebenaran ini bersyarat iaitu semua yang hadir telah lengkap divaksin dan kapasiti 50% ruang premis.
“Bagi Individu yang belum divaksin atas masalah kesihatan/perubatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan berdaftar, dia perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu dalam kenyataan medianya hari ini.