Dr. Yusof Yacob
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yacob difahamkan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Menurut Utusan Malaysia, Sumber terdekat memaklumkan Ketua Penerangan Warisan ini keluar meninggalkan parti bagi menjadi ADUN Bebas.
“Ya betul, tadi (keluar parti),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Menurut sumber, ADUN Sindumin ini mahu membantu rakyat di kawasannya maka, beliau memutuskan untuk meninggalkan parti Warisan yang kini berada dalam blok pembangkang.
Ketua Bahagian Warisan Sipitang ini antara pemimpin terawal yang berjuang sejak Warisan ditubuhkan dan pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran dan Inovasi semasa Warisan memerintah Sabah.
Yusof mempertahankan kerusi DUN Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam pertembungan lima penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.
Beliau memperolehi 5,415 undi bagi menewaskan pesaing terdekatnya, Sani Miasin yang merupakan calon Barisan Nasional (BN).