Rodrigo Duterte
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memaklumkan beliau tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam Pilihan Raya Umum 2022.
Lapor Utusan Malaysia, Duterte juga mengumumkan beliau tidak akan kembali lagi ke arena politik.
Tindakan tersebut secara tidak langsung membuka jalan kepada anak perempuan pemimpin berkenaan, Sara Duterte untuk bertanding jawatan nombor satu negara itu.
“Sentimen rakyat Filipina yang luar biasa bahawa saya tidak berkelayakan dan ia akan melanggar Perlembagaan untuk memintas undang-undang, semangat untuk bertanding jawatan naib presiden.
“Justeru, hari ini saya mengumumkan persaraan dari politik,” katanya.
Di bawah Perlembagaan, Duterte dilarang untuk mempertahankan jawatannya untuk satu penggal lagi.
Duterte membuat pengumuman mengejut itu dalam satu majlis yang mana beliau dijangka mengumumkan pencalonan.
Setakat ini, Duterte tidak memaklumkan tarikh sebenar beliau akan bersara dari politik.