KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 784 kes baharu Covid-19 hari ini, turun 88 kes berbanding kelmarin (872).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari ini kebanyakan daerah mencatatkan penurunan kes harian dan ini membantu mengekalkan trend penurunan kes secara keseluruhan di Sabah.
“Jumlah kes keputusan saringan yang tertunggak juga terus berkurangan. Hari ini cuma 5 kes yang lewat daftar melebihi 5 hari, 13 kes lewat antara 4-5 hari dan 257 kes (32.8%) lewat daftar antara 2-3 hari selepas saringan keputusan diketahui,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu.
Katanya, pesakit dalam kategori tiga, empat dan lima yang memerlukan rawatan di hospital juga kekal rendah pada satu digit, sambil menambah hari ini hanya 2 orang dalam kategori tiga, 3 orang dalam kategori empat dan dalam kategori lima, seorang.
Seramai 179 orang (22.8%) berada dalam kategori satu dan 544 orang (69.4%) dalam kategori dua, sementara 55 kes lagi masih dalam siasatan lanjut.
“Daripada 784 kes hari ini, 483 orang merupakan pesakit kontak rapat, 216 daripada kategori bergejala dan 12 orang daripada kluster sedia ada. 73 kes lagi diperolehi melalui saringan2 lain. Terdapat 14 orang OKT/Banduan yang dicatat hari ini.
“Secara keseluruhan, 95.9% kes hari ini melibatkan warganegara Malaysia,” kata beliau.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 79 (107)
Ranau 77 (42)
Keningau 60 (62)
Lahad Datu 59 (83)
Sandakan 46 (54)
Tenom 46 (45)
Tawau 44 (40)
Tuaran 43 (33)
Kota Marudu 39 (43)
Kota Belud 38 (43)
Penampang 33 (47)
Pitas 27 (31)
Beluran 25 (19)
Papar 22 (34)
Putatan 19 (17)
Nabawan 17 (19)
Telupid 15 (14)
Kinabatangan 15 (17)
Kunak 15 (3)
Kudat 14 (29)
Beaufort 13 (18)
Semporna 10 (11)
Sipitang 10 (21)
Tongod 8 (24)
Tambunan 7 (7)
Kuala Penyu 3 (4)
Kalabakan 0 (5)
(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 01/10)
Tidak ada kluster baharu