Masidi
KOTA KINABALU: Sebanyak 19 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tujuh kes di Sandakan, tiga kes di Kota Kinabalu, dua kes di Tenom dan Kota Marudu manakala masing-masing satu kes di Lahad Datu, Tawau, Papar, Kinabatangan dan Kunak.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan ini dalam kenyataan medianya hari ini.
Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini kerana ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.
Masidi berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 2,233 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 171,056 orang.
“Manakala 3,566 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,294 orang di hospital, 2,225 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 38 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta.
“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 158 orang merangkumi 137 di ICU/repurposed kritikal care serta 21 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 58 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.
Sabah merekodkan sebanyak 962 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 193,186 kes.