TAMBUNAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memohon kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Sabah untuk membenarkan pembukaan jalan alternatif di bawah reserve perhutanan berhampiran lokasi Jalan Kota Kinabalu – Tambunan sini, yang terputus akibat hujan lebat berterusan kelmarin, untuk digunakan oleh pengguna jalanraya.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan yang juga ADUN Tambunan, memaklumkan perkara ini semasa lawatan beliau ke lokasi kejadian berhampiran Air Terjun Masakob, hari ini.
Beliau ditemani oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik, Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani, Jurutera JKR Daerah (Tambunan) Ir Calvin Justin dan Renjer Hutan Harry Michael.

Dr. Jeffrey diberi penerangan mengenai sejauh mana kerosakan pada jalan tersebut dan anggaran masa yang diperlukan untuk membaikinya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pelbagai jabatan dan kakitangan yang bekerja tanpa lelah untuk memperbaiki keadaan itu dan beliau berharap pengguna jalanraya akan bersabar ketika jalan alternatif itu dibuat, yang mungkin memakan waktu tiga minggu.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tambunan Larry Robert, Pegawai Pembangunan Daerah Terrence Yong dan Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Vitus Ikon.