KOTA KINABALU: Sebanyak 22 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu tiga kes di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kudat, dan dua kes di Penampang, Semporna, Keningau dan Kota Kinabalu.
Manakala Tenom dan Ranau masing-masing mencatatkan satu kes.
Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 3,154 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 141,230 orang.
Manakala 4,995 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,729 orang di hospital, 3,188 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 72 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala enam orang di fasiliti swasta, katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambahnya, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 184 orang merangkumi 129 di ICU/repurposed kritikal care serta 55 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 82 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Sabah merekodkan sebanyak 2,298 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 167,737 kes.