Masidi: Di KK, peratusan mereka yang daripada kategori bergejala amat tinggi
KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu di Sabah melonjak hari ini ke 1,728, pertambahan sebanyak 63 kes.
Semalam, negeri ini merekodkan 1,665 kes baharu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hari ini Kota Kinabalu kembali berada di atas dengan 361 kes , 154 lebih tinggi daripada kelmarin (15/8).
Katanya, Tawau mencatat 154 kes, Sandakan 243 kes, Tuaran 149 kes (+93), Penampang 138 kes, Kinabatangan 71 kes (-81), Keningau 67 kes, Beluran 59 kes, Kota Belud 57 kes dan Ranau 31 kes.
“Saringan melalui kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu di Sabah, iaitu sebanyak 962 kes (55.7%), sementara saringan bergejala 461 kes (26.7%) dan kes daripada saringan kluster 134 (7.8%).
“Di Kota Kinabalu, peratusan mereka yang daripada kategori bergejala amat tinggi, yakni 43.2%, manakala bagi Penampang 38.4%, Tawau 30% dan Sandakan 22.2%,” katanya.
Daripada 1,728 kes hari ini, 763 kes (44.2%) adalah daripada kategori 2, 366 kes (21.2%) adalah daripada kategori 1 dan 587 kes (34%) masih dalam siasatan, katanya, sambil menambah bagi kategori 3, 10 orang pesakit, dan masing-masing seorang bagi kategori 4 dan kategori 5.
Masidi turut memaklumkan sebanyak 46.2 peratus penduduk dewasa Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 22.7 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin setakat kelmarin (15 Ogos).
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 361 (207)
Tawau 254 (245)
Sandakan 243 (244)
Tuaran 149 (56)
Penampang 138 (128)
Kinabatangan 71 (152)
Keningau 67 (69)
Beluran 59 (46)
Kota Belud 57 (76)
Lahad Datu 39 (34)
Sipitang 36 (29)
Telupid 32 (25)
Ranau 31 (16)
Putatan 28 (30)
Papar 26 (107)
Kalabakan 24 (22)
Tongod 18 (44)
Tambunan 16 (34)
Semporna 15 (15)
Nabawan 13 (18)
Kunak 12 (8)
Tenom 9 (13)
Beaufort 9 (18)
Kota Marudu 8 (23)
Pitas 5 (2)
Kudat 5 (3)
Kuala Penyu 3 (1)
(Angka dalam kurungan
adalah jumlah kes kelmarin – 15/08)
Kluster Baharu
Kluster Cenderawasih,
Lahad Datu 8(+1)