Masidi Manjun
KOTA KINABALU: Sabah catat 1,166 kes baharu Covid-19 hari ini, yang tertinggi bagi tahun ini dan buat hari keempat berturut-turut negeri mencatat kes di atas paras 1,000.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu sahaja mencatat 234 kes baharu, sementara Penampang sebanyak 123 kes, Tawau 106, Beaufort 84, Tuaran 83, Papar 73, Kunak 68, Sandakan 61, Keningau 59, Tenom 41, Ranau 40 dan Telupid 38.
Tidak ada lagi daerah yg sifar kes, tambahnya.
“Terdapat satu kes baharu di Tenom, Kluster Sibulu yg melibatkan tempat kerja, yakni sebuah syarikat hidro,” katanya.
Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 berkata, saringan kontak rapat terus menyumbang kes positif yang terbanyak iaitu 674 kes (57.8%), saringan bergejala 171 kes (14.7%) dan 147 kes (12.6%) daripada kluster-kluster yang sedia ada.
Katanya, jumlah kontak rapat yang begitu tinggi adalah satu petunjuk bahawa begitu ramai orang sudah terdedah kpd jangkitan Covid-19.
“Dalam situasi dimana virus sudah tersebar luas dalam masyarakat dan dalam kawasan yang luas, lockdown (sekatan penuh pergerakan) bukan lagi kaedah yang berkesan untuk membendung penularan.
“Apa yang perlu dibuat ialah mempercepatkan vaksinasi dikalangan penduduk.
“Sabah telah menerima bekalan vaksin yang banyak pada minggu ketiga bulan Julai. Daripada Julai 21 hingga Julai 31, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah berjaya memberi 374,214 dos vaksin.
“Kita berharap untuk meneruskan vaksinasi pada kadar purata 50,000 dos sehari dalam bulan Ogos,” katanya.
Jumlah kes mengikut daerah:
Kota Kinabalu 234
Penampang 123
Tawau 106
Beaufort 84
Tuaran 83
Papar 73
Kunak 68
Sandakan 61
Keningau 59
Tenom 41
Ranau 40
Telupid 38
Kota Belud 29
Sipitang 21
Putatan 20
Lahad Datu 14
Kinabatangan 14
Beluran 14
Kuala Penyu 14
Kota Marudu 8
Tambunan 6
Pitas 5
Tongod 4
Semporna 3
Kudat 2
Kalabakan 1
Nabawan 1
*Kluster Baharu *
- Kluster Sibulu, Tenom.
55(+35)