Empat yang diburu polis
PENAMPANG: Polis sedang memburu empat tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (Ilman), Penampang, pada 3.30 pagi, hari ini (1 Ogos).
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai semua tahan yang terlibat diminta segera menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961, atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – DE